Saturday 22 February 2014

Program Ko-akademik Sains

Program ko-akademik Sains adalah satu medium untuk membantu menanamkan minat pelajar terhdap mata pelajaran Sains. Setiap ahli panitia Sains mempunyai kepakaran masing-masing untuk memastikan program yang dilaksanakan berjaya. Tahun 2013 yang lalu merupakan tahun yang amat berjaya untuk Panitia Sains Hulu Selangor. Kami berjaya menghasilkan pelajar-pelajar yang berdaya saing, kreatif dan inovatif dari peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan juga antarabangsa.

PASUKAN F1 IN SCHOOLS


 3 tahun berturut mewakili negara. Bermula dari tahun 2010 sehingga kini, pasukan F1 SEMASHUR tidak pernah mengecewakan. Pada tahun ini dibawah bimbingan Cik Norazrina Abdul Aziz dan En Khirun Nizam Zafri diharapkan mengekalkan kecemerlangan.

PASUKAN ROBOTIK



 Pasukan robotik juga tidak kurang hebatnya apabila buat pertama kali penyertaan telah memenangi Best Project Award semasa First LEGO League Open Championship. Bagi NRC pula telah menjadi Johan Negeri Selangor dan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Pada tahun ini, pasukan ini di bawah bimbingan Pn Lisneza Roseli dan Pn Noraini Zohuddin.

PASUKAN INOVASI



Pasukan ini baru ditubuhkan pada tahun 2013. Sebelum ini pasukan inovasi tidak dipertanggunjawabkan dibawah panitia Sains. Walaupun masih baru tetapi pelbagai kejayaan telah berjaya dilakarkan oleh pasukan ini sehingga ke peringkat antarabangsaan. Pasukan ini di bawah bimbingan Pn Lisneza Roseli dan Pn Noraini Zohuddin.

Selain daripada program-program ini terdapat pelbagai lagi program yang telah dilaksanakan oleh Panitia Sains. Semoga tahun 2014 menjadi tahun yang lebih gemilang. Kemenjadian pelajar menjadi tanggungjawab kami.... Semoga hasrat dan harapan ini dipermudahkan oleh- Nya....



No comments:

Post a Comment