Sunday 23 February 2014

Peta Pemikiran I-Think

Peta Pemikiran I-Think adalah untuk melatih pelajar agar mempunyai pemikiran yang kreatif, kritis dan inovatif. Berdasarkan hasrat ini, guru-guru Panitia Sains SEMASHUR menggunakan peta pemikiran I-Think ini di dalam PdP.

Peta Pemikiran I-Think terdiri daripada 8 bentuk yang mempunyai nama dan fungsinya yang tersendiri.




Berikut adalah beberapa hasil kerja para pelajar kami:










Saturday 22 February 2014

Program Ko-akademik Sains

Program ko-akademik Sains adalah satu medium untuk membantu menanamkan minat pelajar terhdap mata pelajaran Sains. Setiap ahli panitia Sains mempunyai kepakaran masing-masing untuk memastikan program yang dilaksanakan berjaya. Tahun 2013 yang lalu merupakan tahun yang amat berjaya untuk Panitia Sains Hulu Selangor. Kami berjaya menghasilkan pelajar-pelajar yang berdaya saing, kreatif dan inovatif dari peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan juga antarabangsa.

PASUKAN F1 IN SCHOOLS


 3 tahun berturut mewakili negara. Bermula dari tahun 2010 sehingga kini, pasukan F1 SEMASHUR tidak pernah mengecewakan. Pada tahun ini dibawah bimbingan Cik Norazrina Abdul Aziz dan En Khirun Nizam Zafri diharapkan mengekalkan kecemerlangan.

PASUKAN ROBOTIK



 Pasukan robotik juga tidak kurang hebatnya apabila buat pertama kali penyertaan telah memenangi Best Project Award semasa First LEGO League Open Championship. Bagi NRC pula telah menjadi Johan Negeri Selangor dan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Pada tahun ini, pasukan ini di bawah bimbingan Pn Lisneza Roseli dan Pn Noraini Zohuddin.

PASUKAN INOVASI



Pasukan ini baru ditubuhkan pada tahun 2013. Sebelum ini pasukan inovasi tidak dipertanggunjawabkan dibawah panitia Sains. Walaupun masih baru tetapi pelbagai kejayaan telah berjaya dilakarkan oleh pasukan ini sehingga ke peringkat antarabangsaan. Pasukan ini di bawah bimbingan Pn Lisneza Roseli dan Pn Noraini Zohuddin.

Selain daripada program-program ini terdapat pelbagai lagi program yang telah dilaksanakan oleh Panitia Sains. Semoga tahun 2014 menjadi tahun yang lebih gemilang. Kemenjadian pelajar menjadi tanggungjawab kami.... Semoga hasrat dan harapan ini dipermudahkan oleh- Nya....



BAB 3 : PERKUMUHAN ( TINGKATAN 3 )


Perkumuhan
Proses penyingkiran bahan buangan yang berlebihan dalam badan manusia.



Tujuan Perkumuhan
1) Menyingkirkan sisa toksik dan beracun
2) Menyejukkan badan dan membantu mengekalkan suhu badan
3) Mengawal pH badan
4) Mengekalkan keseimbangan kimia dan air
5) Menyingkirkan bahan-bahan berlebihan

I think dan KBAT Sains

Salam 1 Malaysia,

Satu taklimat I-Think dan KBAT ( Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ) telah dapat dijalankan pada 11 Febuari 2014, bertempat di perpustakaan Semashur. Taklimat I-Think & KBAT ini telah dijalankan oleh Panatia Sains dan di ketuai oleh Cikgu Lisniza.......




Amali Kesan Rokok

Assalamualaikum.....

Satu amali sains bagi pelajar tingkatan 3 mengenai kesan merokok telah dapat dijalankan dengan baik.



Gambar menunjukkan suasana eksperimen yang dijalankan...... suhu termometer naik, kapas putih bertukar warna perang dan warna penunjuk bikarbonat bertukar dari warna merah ke warna kuning.










Eksperimen ini dijalankan bagi kelas 3 Ehsan ( 2014 ). Diharapkan apa yang dipelajari dan di perlihatkan kesan-kesan merokok ini akan memberikan kesedaran dan rasa bersukur.

Moral eksperimen ini ialah.... sayangi peparu anda dan jangan rosakkan dengan asap rokok yang merbahaya itu.





Wednesday 19 February 2014

Makmal Sains

Infrastruktur memang paling penting untuk apa sahaja aktiviti PdP yan ingin dilaksanakan. Namun untuk kebersihan dan keceriaan makmal pula menjadi tanggungjawab ahli panitia dan paling utama pembantu-pembantu makmal.

Bagi Panitia Sains SEMASHUR, kami amat beruntung kerana mempunyai infrastruktur yang lengkap dan ahli-ahli panitia serta pembantu-pembantu makmal yang amat komited terhadap kerja masing-masing.
Inilah makmal kebanggaan kami....

Selamat Datang Ke Makmal Sains
Mural PdP : Electrical Power  Trasmission & Distribution System

Dasar 60:40 ... Sudut Bacaan 

Setiap model dipamer dan dilabel

Mural PdP : Kidney & Heart

Mural PdP : The Respiratory System


Kami mempunyai 3 buah makmal

Mural PdP : Flower Structure & Seed Structure

Model dipamer dan dilabel

Radas dipamer dan dilabel